PONTIAN – Golongan ibu bapa yang memerlukan perbelanjaan tinggi terutama mereka yang memiliki anak ramai tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjual dan menggadai barangan kemas bagi mendapatkan wang untuk persiapan persekolah anak-anak pada minggu hadapan. Pemilik kedai emas Wanie Cantik, Syazwani Omar, 33, berkata, sejak tahun lalu, premisnya dikunjungi pelanggan yang mahu menjual emas termasuk untuk persiapan sekolah anak. “Walaupun sayang hendak dijual, tetapi demi anak-anak mereka sanggup lepaskan. Yang penting anak-anak dapat ke sekolah dengan memakai pakaian, kasut dan……














