fbpx
MARQUEZ

Marquez akan bersara lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Juara dunia MotoGP tujuh kali, Marc Marquez secara terbuka mengakui dia mungkin terpaksa menamatkan karier perlumbaan lebih awal disebabkan faktor fizikal membataskan kemampuannya.

Pelumba berusia 32 tahun itu melengkapkan kisah kebangkitan paling epik dalam sejarah MotoGP musim lalu dengan gelaran dunia ketujuh, selepas bangkit daripada kecederaan ngeri pada 2020 yang hampir memusnahkan kariernya.

Biarpun terpaksa melupakan empat pusingan terakhir musim 2025 akibat kecederaan bahu, pelumba Ducati itu tetap diletakkan sebagai calon pilihan utama untuk mempertahankan gelaran kali ini.

Bagaimanapun, masa depan Marquez menjadi tumpuan memandangkan kontrak semasanya bersama Ducati bakal tamat hujung tahun ini, seiring dengan perubahan peraturan baharu MotoGP 2027.

“Perkara paling sukar bagi seorang atlet adalah mengetahui bila dan bagaimana untuk bersara, serta berapa lama perlu bertahan.

“Saya sudah tahu akan bersara lebih awal kerana tubuh akan memaksa untuk berhenti sebelum minda saya mahukannya (berhenti).

“Saya perlu memahami keadaan tubuh saya setiap tahun, kerana dari segi mental, saya masih berasa laju seperti ‘roket’,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Marquez yang menyuarakan hasrat untuk bergelar bapa tidak lama lagi, menegaskan dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai pelumba.

“Saya tidak mahu mereka menjadi pelumba. Membawa nama keluarga saya tidak akan membantu mereka, sebaliknya menjadi satu bebanan yang berat.

“Mereka mungkin mempunyai kelebihan dari segi kewangan dan tidak kekurangan apa-apa. Namun, jika hidup tidak pernah merasa kekurangan, mereka tidak akan mempunyai semangat juang yang sama seperti saya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI