fbpx
Gambar menunjukkan Tanah Perkuburan Mount Moriah di Philadelphia, negeri Pennsylvania. - NBC

Lelaki gali kubur, curi lebih 100 rangka manusia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHILADELPHIA, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh kubur dan mencuri lebih 100 rangka manusia di sebuah tanah perkuburan di negeri Pennsylvania, lapor agensi berita United Press International hari ini. 

Jonathan Gerlach, 34, diberkas di Tanah Perkuburan Mount Moriah malam Selasa lalu, kata Pejabat Peguam Daerah Delaware County. 

Tangkapan itu dibuat ketika polis menjalankan pemantauan selepas menerima laporan bahawa tanah perkuburan tersebut diceroboh sejak November tahun lepas. 

Polis menemui sebuah kereta dipandu Gerlach pada pukul 8 malam (waktu tempatan) dengan tempat duduk belakangnya dipenuhi tulang manusia serta tengkorak. 

Dia diberkas semasa keluar dari tanah perkuburan tersebut bersama guni, linggis dan beberapa peralatan lain.

Semasa disoal siasat, Gerlach mengaku mencuri kira-kira 30 set rangka manusia. 

Penyiasat turut menemukan lebih 100 rangka manusia termasuk yang tidak lengkap di kediaman suspek. 

“Lapan lagi rangka manusia ditemukan di dalam loker simpanan berasingan,” kata Peguam Daerah Delaware County, Tanner Rouse kepada pemberita. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN