fbpx
Anwar ketika menerima penghormatan tertinggi Republik Türkiye melalui penganugerahan Order of the Republic, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

Lawatan rasmi ke Turkiye buka lembaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi ke Republik Türkiye membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik.

Beliau berkata, penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) mencerminkan tahap kepercayaan dan persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Türkiye.

Katanya, lawatan berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada hubungan ekonomi dan strategik, malah turut menegaskan komitmen bersama Malaysia dan Türkiye dalam mempertahankan prinsip keadilan serta kemanusiaan sejagat, khususnya berkaitan tragedi kemanusiaan yang sedang melanda Gaza.

“Lawatan ini juga menegaskan komitmen bersama untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya dalam menangani tragedi kemanusiaan di Gaza.

“Keseluruhannya, kunjungan ini melebihi jangkaan dan memperkukuh tekad bersama untuk memastikan setiap persetujuan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN