fbpx
Fadhlina bercakap pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

KPM sedia benarkan pihak luar bantu baiki, naik taraf CCTV sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia membuka jalan kepada mana-mana pihak termasuk agensi swasta yang berhasrat membantu membaiki atau menarik taraf kemudahan televisyen litar tertutup (CCTV) sedia ada di sekolah seluruh negara.

Keadaan itu berikutan audit dijalankan KPM mendapati hanya 28.9 peratus sekolah di seluruh negara mempunyai kemudahan CCTV yang lengkap dan berfungsi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemasangan CCTV di sekolah dilaksanakan dengan pelbagai cara termasuk pembiayaan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), bekerjasama dengan pihak swasta serta pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat komuniti.

“Jadi apa sahaja kerjasama saya ingat kita jangan strict (ketat) sangatlah di peringkat kementerian ini ya.

“Orang mahu tolong, kita buka jalan dan kita sokong. Sama-sama kerana ini semua sekolah kita,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026, di sini tadi.

Selain itu, Fadhlina berkata, beliau mahu semua warga KPM termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah untuk memastikan CCTV berfungsi dengan baik dan diselenggarakan.

“Ini adalah panggilan kita untuk bertindak kerana hanya 28.9 peratus sahaja CCTV di skeolah yang berfungsi.

“Jadi macam mana kita nak menjawab kepada masyarakat kalau 28 peratus sahaja yang berfungsi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI