fbpx
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Azalina hari ini.

Keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang perlu dipelihara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan.

Perkara itu disampaikan selepas Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di ibu negara, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan taklimat isu-isu semasa perihal perundangan dalam negara yang turut menyentuh soal pengukuhan tatakelola serta usaha reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.

“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah.”

“Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara,” titah Seri Paduka Baginda.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI