fbpx
CUCURELLA menunjukkan reaksi terkejut selepas menerima kad merah ketika tewas kepada Fulham awal pagi semalam.

Kad merah punca Chelsea terus hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea terus hanyut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 1-2 kepada Fulham pada perlawanan yang berlangsung di Craven Cottage awal pagi semalam.

Beraksi dengan 10 pemain selepas Marc Cucurella dilayangkan kad merah seawal minit ke-22 menjadi salah satu punca The Blues terus gagal untuk mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Pengurus sementara Chelsea, Callum McFarlane berkata, mereka sekurang-kurangnya layak untuk pulang dengan satu mata apabila menampilkan aksi cukup baik meskipun beraksi dengan 10 pemain.

“Saya rasa kami berhak untuk mencatat keputusan lebih baik kerana semua pemain bekerja keras sepanjang 90 minit permainan. Memang benar Fulham menguasai permainan tetapi kami tidak mudah mengalah.

“Kami banyak melakukan serangan balas, terutamanya di separuh masa kedua. Saya fikir kami bukan sahaja memiliki peluang untuk pulang dengan satu mata, malah mampu mencatat kemenangan,” katanya.

Aksi menentang Fulham menjadi perlawanan terakhir McFarlane sebagai pengendali Chelsea memandangkan tugas itu bakal diambil alih pengurus baharu, Liam Rosenior yang sudah dilantik Selasa lalu dengan kontrak enam tahun setengah dari Strasbourg.

“Tempoh seminggu ini merupakan yang terbaik dalam hidup saya. Saya sudah menjadi jurulatih sejak berusia 17 tahun dan ini merupakan pengalaman paling berharga, terima kasih kepada kelab kerana memberikan kepercayaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI