fbpx
Helikopter tersangkut pada kabel lalu berpusing beberapa saat sebelum terhempas. - East2West

Helikopter tersangkut kabel ski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sebuah helikopter tersangkut pada kabel sebuah resort ski di Russia sebelum terhempas di atas salji tebal  dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang terbunuh, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Rakaman video pada minggu ini menunjukkan helikopter jenis Robinson R44 itu menghampiri kawasan berkabel rendah dan terbang  perlahan di resort tersebut, dalam wilayah Perm.

Helikopter itu kemudian tersangkut pada kabel lalu berpusing beberapa saat sebelum terhempas ke atas salji tebal, menyebabkan bahagian ekornya patah.

Mangsa dilaporkan terdiri daripada dua eksekutif syarikat pengangkutan yang sedang melawat pusat rekreasi Ashatly Park.

Beberapa laporan yang belum dapat disahkan menunjukkan penerbangan itu tidak mendapat kelulusan, manakala laporan lain mendakwa bahawa lapisan ais terbentuk pada helikopter tersebut semasa penerbangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI