fbpx
Gambar hiasan.

Belia 15 hingga 24 tahun masih sukar dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Walaupun kadar pengangguran keseluruhan Malaysia mencatatkan penurunan dalam tempoh 11 tahun iaitu 2.9 peratus pada November 2025, golongan belia berumur 15 hingga 24 tahun masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan.

Menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran bagi belia dalam lingkungan umur ini kekal pada 10.1 peratus, melibatkan seramai 297,900 penganggur.

Angka ini hampir tidak berubah berbanding 297,600 orang pada Oktober 2025, manakala bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun pula, kadar pengangguran direkodkan pada 6.1 peratus, sedikit lebih rendah daripada bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah keseluruhan penganggur, 79.8 peratus merupakan penganggur aktif iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan.

“Dalam kalangan mereka, 64.4 peratus menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala melebihi setahun hanya 5.0 peratus.

“Ini menunjukkan kebanyakan belia masih baru memasuki pasaran kerja, namun mereka memerlukan sokongan dan kemahiran tambahan untuk menembusi sektor pekerjaan yang tersedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan itu juga menunjukkan bilangan penduduk bekerja secara keseluruhan meningkat kepada 17.09 juta orang pada November 2025, berbanding 17.06 juta pada bulan sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI