HANGZHOU, China, 9 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 7 Januari, Astronergy melancarkan ASTRO N7 Pro secara rasminya, iaitu modul PV generasi akan datang daripada syarikat ini yang direka untuk menetapkan penanda aras baharu bagi output kuasa, kecekapan dan nilai sistem jangka panjang. Membawakan output kuasa sehingga 670W dan kecekapan maksimum 24.8%, ASTRO N7 Pro dapat memenuhi permintaan yang semakin berkembang daripada projek-projek solar teragih berskala utiliti dan C&I pada peringkat global.
ASTRO N7 Pro dikuasakan oleh teknologi sel solar TOPCon 5.0+ yang dinaik taraf oleh Astronergy yang mengintegrasikan teknologi utama dalam industri ini seperti ASP, PF, SNOP. Penaiktarafan yang utama ialah penerimagunaan reka bentuk potongan suku: teknologi sel potongan suku mengurangkan arus dalaman sel dan seterusnya mengurangkan kehilangan kuasa. Sementara itu, reka bentuk susun atur sel potongan suku dapat mengurangkan suhu titik panas puncak dan kehilangan kuasa dengan berkesan, lantas meningkatkan keandalan modul serta keselamatan sistem.
Dalam persekitaran kendalian praktikal, ASTRO N7 Pro menunjukkan kebingkasan yang kuat dalam keadaan teduhan separa. Reka bentuk litar uniknya dapat mengurangkan impak teduhan dengan berkesan, lalu mengupayakan output kuasa sehingga 20% lebih banyak berbanding modul-modul sel potongan separuh apabila teduhan berlaku.
Modul-modul ini juga memberikan prestasi yang andal dalam keadaan sinaran rendah dan suhu tinggi. Rsh yang lebih baik dan laluan kebocoran arus yang lebih sedikit membolehkan ASTRO N7 Pro mencapai peningkatan sebanyak 6.05% dalam gandaan kuasa watt tunggal berbanding produk BC. Ini dapat memastikan pengeluaran tenaga yang stabil pada awal pagi, lewat petang dan cuaca mendung. Disokong oleh pekali suhu -0.26%/°C, ASTRO N7 Pro boleh mengekalkan penjanaan kuasa yang konsisten di kawasan-kawasan bersuhu tinggi.
Dengan ciri kedwimukaan yang mencecah sehingga 85±5%, ASTRO N7 Pro memperoleh gandaan kuasa dwimuka tambahan sebanyak 1–3% berbanding produk BC. Keandalannya diperkukuh lagi melalui susun atur sel potongan suku, reka bentuk 20BB serta proses pembuatan suhu rendah & tekanan rendah tanpa fluks yang bersama-sama membawa kepada pengagihan tekanan yang lebih seragam, pengurangan risiko retakan tersembunyi dan prestasi jangka panjang yang tahan lama.
Direka untuk pulangan yang lebih tinggi dalam seluruh kitaran hayat projek, ASTRO N7 Pro didatangkan dengan jaminan kuasa linear selama 30 tahun dan juga jaminan produk selama 15 tahun. Dibandingkan dengan modul BC bersaiz sama, terdapat peningkatan sebanyak 1.2% dalam penjanaan kuasa tahun pertama dan juga penjanaan kuasa kumulatif selama 30 tahun, manakala LCOE dikurangkan sebanyak 1.2%.
ASTRO N7 Pro bukan sekadar siri produk baharu, bahkan menonjolkan tumpuan Astronergy yang berterusan terhadap keperluan pelanggan dalam pelbagai senario aplikasi. Menerusi pelancaran ASTRO N7 Pro, Astronergy tetap memperkasakan masa depan yang lestari melalui inovasi, keandalan dan juga keuntungan yang lebih besar.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859058_MS59058_6















