fbpx
Keadaan kediaman yang terjejas ribut di daerah ini sejak kelmarin. -IHSAN JKPBD Rembau

38 rumah rosak dilanda ribut di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Kira-kira 38 buah rumah di daerah ini rosak selepas bumbung tercabut dan dihempap pokok akibat dilanda ribut semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, kejadian itu berlaku sejak kelmarin hingga semalam.

“Sebanyak 22 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota terjejas antaranya membabitkan Kampung Chengkau Ulu, Pulau Besar dan Sungai Layang, manakala 16 lagi di DUN Chembong seperti di Taman Rembau Utama. Kerosakan ini akan dibaiki segera menggunakan peruntukan bencana negeri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN