fbpx
Pegawai KPDN melakukan soal balas bersama seorang pekerja terhadap barangan sekolah dalam Ops Kesan 5.0 sekitar Selangor.

34 premis di Selangor terima notis Ops Kesan 5.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 34 premis di sekitar Selangor menerima Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 menerusi Ops Kesan 5.0.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, notis tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan harga dan kos merangkumi barangan persekolahan, barangan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan barangan keperluan pengguna.

Katanya, Ops Kesan 5.0 bermula 1 Januari lalu telah memeriksa 156 jenis barangan selain turut melibatkan peringkat peruncit yang memfokuskan kepada barangan Jualan Kembali ke Sekolah.

“Pemeriksaan Ops Kesan 5.0 di seluruh Selangor bagi memastikan pematuhan peniaga terhadap Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 susulan penyelarasan gaji Fasa 2 penjawat awam.

“Selain itu, sebagai isyarat penting kepada peniaga agar tidak sesekali mengambil kesempatan membuat pergerakan harga sama ada tanpa asas mahupun melakukan pencatutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan KPDN akan mengambil tindakan tegas sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan.

“Individu yang disabitkan kesalahan melakukan pencatutan boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat, denda sehingga RM500,000,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI