PETALING JAYA – Mungkin sudah ramai antara kita yang telah berkesempatan melihat sendiri filem animasi tempatan, Papazola.
Watak Papazola, seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan tetap berusaha sedaya upaya untuk memberikan kesempurnaan kepada keluarga terutama anak perempuanya.
Kisah tersebut ternyata sememangnya berlaku dalam kehidupan nyata dan kesannya amat mendalam selepas satu video tular tentang seorang lelaki penghantar makanan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial mekanik jalanan yang membantu seorang penghantar makanan yang kerosakan motosikal di tepi jalan raya.
Menurut perkongsian tersebut, dia menerima panggilan dari seorang lelaki yang memintanya untuk baiki rantai motosikal terputus dan melekat di bahagian belakang kenderaan itu.
“Dia kata dia baru terjatuh motor, minta saya buang rantai itu dan nak tunggu kawan dia datang ambil. Katanya rantai dia dah beli.
“Saya tak rasa dia dah beli rantai tu, sebab pad brek pun dah rosak, saya terus ganti ranta serta pad brek motor abang tu,” jelas mekanik tersebut.
Lebih menyayat hati apabila lelaki itu menangis sebak apabila mekanik tersebut menyatakan khidmat dan alat ganti diberi percuma.
“Ini orang dah infak, saya hanya bantu dan memudahkan dia,” jelas mekanik tersebut lagi.- KOSMO! ONLINE.














