PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu yang berlalu pergi tanpa rasa bersalah selepas menggeser sebuah kereta lain di kawasan parkir di Bandar Baru, Sungai Buloh, Selangor, semalam mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video kamera papan pemuka (dashcam) di Threads oleh @nbihaaae, kelihatan pemandu tersebut cuba keluar dari petak parkir sebelum keretanya bergeser dengan kenderaan bersebelahannya.
“Aku tidak faham cara dia bawa kereta. Kau sudah tahu tidak muat kenapa kau masuk juga? Kakak aku elok saja parkir di situ. Nasib baik pemilik dashcam tinggalkan nombor telefon” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang meluahkan rasa berang terhadap tindakan pemandu berkenaan.
“Orang macam ni satu hal, yang parkir di bahu jalan itu pun masalah juga. Orang nak masuk parkir pun susah,” komen Hadi Zaini.-KOSMO! ONLINE
View on Threads














