TAMPIN – Sepasang suami isteri tidak menyangka sate ayam yang dijual dengan harga 50 sen mendapat sambutan hingga ke Kajang, Selangor walaupun baru setahun menceburi bidang perniagaan itu di sini. Amirorazam Abu Hassan, 47, dan Norzita Mohamad, 47, pada asalnya berniaga kuih-muih mula menjual sate selepas melihat rakannya memulakan perniagaan itu di kawasan lain. Kata Amirorazam, setiap hari dia boleh menjual 1,000 cucuk sate ayam dan 1,000 sate daging dengan kos bahan mentah sekitar RM200 hingga RM500. “Sate daging saya…














