fbpx
ROSENIOR menandatangani kontrak tenam tahun setengah selaku pengurus baharu Chelsea.

Pengurus baharu janji lonjakkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali baharu Chelsea, Liam Rosenior menganggap kelab itu sudah mempunyai asas kukuh untuk berada di pentas tertinggi dalam arena bola sepak Inggeris.

Pengurus muda itu menzahirkan keterujaan untuk mengetuai kelab hebat seperti The Blues yang kini memegang reputasi sebagai juara dunia.

“Saya amat percaya kepada kerja berpasukan, sikap bersatu dan ia adalah nilai teras kepada apa yang kami lakukan. Sudah pasti perkara ini akan jadi asas kepada kejayaan pasukan.

“Saya begitu teruja untuk bekerja dengan kelompok pemain dan kakitangan kelab sekali gus dapat membina hubungan yang akrab sama ada dalam dan luar padang. Saya mahu semua orang dapat merasakan perkara ini untuk mencapai matlamat.

“Saya rasa cukup bangga untuk menjadi sebahagian daripada Chelsea. Terdapat keinginan untuk menang dan saya akan berikan segala-galanya bagi bantu pasukan raih kemenangan di peringkat tertinggi.

Rosenior menjadi pilihan The Blues sebagai pengurus baharu bagi mengisi ‘kerusi panas’ yang ditinggalkan oleh Enzo Maresca.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian jangka panjang, menyaksikan mantan pengendali kelab Perancis, Strasbourg itu bersetuju untuk menertai Chelsea dengan kontrak sehingga 2032.

“Saya mahu penyokong rasa bangga dengan pasukan dan kami akan mewakili mereka. Penyokong adalah jiwa kepada pasukan bola sepak dan kini saya tidak sabar untuk memulakan tugas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN