fbpx
KEADAAN motosikal Intan Darwiena yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai - Desaru, Kota Tingg malam semalam. Foto IHSAN PDRM

Pelajar kolej hilang nyawa dirempuh Toyota Vios 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pelajar kolej maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 67.4 Lebuh Raya Senai-Desaru, di sini malam tadi.

Mangsa, Intan Darwiena Abdullah, 20, yang merupakan pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.40 malam dan nahas membabitkan kereta Toyota Vios dipandu wanita berusia 35 tahun dan motosikal Honda Beat yang ditunggang gadis berusia 20 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Johor Bahru hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal.

“Akibatnya, penunggang motosikal parah di badan dan maut di tempat kejadian. Pemandu kereta dilaporkan sakit di bahagian dada dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN