fbpx
Nurul Ain Hannani (kiri) ditemui selamat di Johor Bahru hari ini.

Nurul Ain Hannani ditemui selamat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelajar universiti dikenali Nurul Ain Hannani, 23, yang dilaporkan hilang semalam ditemui selamat di Johor Bahru hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sepupunya di laman Threads @qistinafarihin sebentar tadi.

“Sepupu saya dah dijumpai dengan selamat dekat Permas Jaya, Johor Bahru. Alhamdulillah, terima kasih polis yang terlibat dan semua yang membantu dan mendoakan.

“Dia nampak takut dan muka pucat. Nangis-nangis nak balik bila pegawai sana tanya nak balik ke tak,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan penemuan wanita tersebut ketika dihubungi hari ini.

Aidil berkata, pelajar terbabit dipercayai menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Johor selepas keluar dari kediamannya di The Sky Residensi, Taman Shamelin kelmarin.

Difahamkan, Nurul Ain Hannani telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp keluarga, selain memadam akaun media sosial dan menyahaktif fungsi lokasi sejak Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN