fbpx
Dr. Fie hadir di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan ditemani ibu bapa dan Puteri Ummi Kartini untuk proses sulh tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami, Ahmad Nubhan. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

Nubhan tidak hadir, proses sulh gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Proses sulh bagi tuntutan harta sepencarian antara Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie dan bekas suami, Ahmad Nubhan Ahamad gagal mencapai persetujuan dalam rundingan di Unit Sulh, Mahkamah Syariah Seremban di sini hari ini.

Peguam Syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili Dr. Fie berkata, ini disebabkan ketidakhadiran penyanyi itu selaku defendan, malah pihaknya juga tidak menerima maklumat daripada peguam atau Ahmad Nubhan, sebaliknya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut sebaik tiba di mahkamah.

“Proses sulh berjalan hari ini yang mana Pegawai Sulh akan mendengar keterangan pihak plaintif berkenaan isu ini sewaktu prosiding sulh. Sepatutnya ia perlu dihadiri kedua-dua pihak.
“Sebab itu diunjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang. Kegagalan defendan untuk hadir hari ini menyebabkan matlamat sulh tidak dapat dicapai,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di sini hari ini.

Dr. Fie yang ditemani ibu bapanya tiba di mahkamah pada pukul 11 pagi sebelum masuk ke kamar Unit Sulh.

Puteri Ummi Kartini berkata, selepas sulh, pihaknya akan buat membuat serahan saman tuntutan harta sepencarian kepada peguam defendan yang mana pihak mereka perlu memasukkan pembelaan.

“Peguam atau defendan sendiri kena hadir untuk memasukkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Mahkamah sudah menetapkan tarikh untuk sebutan pada 3 Februari depan. Kalau hari ini tidak boleh datang, harap peguam syarie yang mewakilinya boleh datang sebab kita tidak terima apa-apa notis ketidakhadiran defendan walaupun serahan notis sulh sudah dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Fie ketika ditemui menyatakan rasa terkejut dan kelihatan sebak kerana Nubhan tidak hadir memandangkan proses sulh diibuat demi kebaikan anak-anak.

“Saya harap dia hadir untuk prosiding akan datang. Beri kerjasama sebab saya nak percepatkan untuk anak nak (daftar) sekolah, kami tiada tempat tinggal, buku sekolah lagi. Saya sudah maklumkan tentang buku sekolah kerana dalam (kumpulan) WhatsApp sekolah, nama saya. Jadi apa-apa maklumat daripada pihak sekolah, saya yang dapat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI