fbpx
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tasik The Mines, Seri Kembangan, semalam.

Lelaki hilang ditemui tidak bernyawa di Tasik The Mines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu di tasik The Mines, Seri Kembangan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, mayat itu ditemukan seorang pekerja Cruise The Mines sebelum membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi Indah, kira-kira pukul 2.25 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 44 tahun. Lelaki itu ditemukan terapung di Tasik The Mines selepas dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Farid berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN