fbpx
PAN-GON cukup ‘masak’ dengan saingan tempatan kerana pernah menggalas tugas selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Kim Pan-gon bukan ahli silap mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bukan ahli silap mata mampu mengubah pasukan secara drastik dan tetap memerlukan sokongan penuh daripada pengurusan Selangor FC.

Walaupun hadir sebagai jurulatih berprofil tinggi dan terbukti memiliki kemampuan membina skuad ampuh, peminat juga harus mengelak daripada sikap untuk melihat hasil segera kerana perlu memberi ruang secukupnya buat Pan-gon.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd. Faizal Wahid berkata, perkara yang menggembirakan adalah tindakan pantas pengurusan Gergasi Merah untuk mendapatkan khidmat Pan-gon.

“Ia menjadi berita yang menggembirakan buat penyokong kerana Selangor FC mampu mendapatkan khidmat Pan-gon yang dianggap jurulatih berprofil tinggi dan ada kemampuan. Pasukan bertindak pantas kerana saya percaya Pan-gon turut diintai pasukan lain.

“Kita mengharapkan yang terbaik, cumanya Pan-gon perlu diberikan masa untuk merangka perancangannya sendiri. Walaupun ada kenal beberapa pemain, Pan-gon juga pasti mahu lebih mengenali pasukan secara total.

“Dalam masa sama, pengurusan juga kena berikan sokongan penuh kepada Pan-gon untuk melaksanakan perancangannya khususnya dalam hal berkaitan pemain dimahukan,” katanya.

The Red Giants sebelum ini mengesahkan kehadiran Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu manakala pengendali sementara, Christophe Gamel akan memikul peranan selaku pengarah teknikal pasukan itu.

“Kehadiran Pan-gon sebagai permulaan yang baik untuk perancangan masa depan pasukan. Untuk musim ini, harapan realistik peminat adalah untuk menamatkan liga di tempat kedua dan cuba dapatkan keputusan positif di Piala Malaysia,” kata Mohd. Faizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN