fbpx
Penduduk menurap jalan rosak sepanjang 800 meter di Desa Tobai Tengah semalam. - Lambe Turah 

Kaut lebih RM30,000 dari TikTok, penduduk turap sendiri jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Sampang, wilayah Jawa Timur bergotong-royong membaiki sebatang jalan yang rosak menggunakan dana 125 juta rupiah (RM30,256), hasil daripada mengadakan siaran langsung di platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Tobai Tengah, daerah Sokobanah semalam. 

Seorang penduduk tempatan, Hasan Ali Tamam berkata, pengumpulan dana itu bermula apabila pemerintah mengabaikan suara rakyat selama beberapa tahun. 

“Kami membuat siaran langsung di platform TikTok menggunakan akaun @swadaya93. Alhamdulillah, kami berjaya mengumpul 125 juta rupiah. Kira-kira 70 peratus dana berasal dari ‘gift’ di TikTok dan selebihnya merupakan sumbangan,” kata Hasan. 

Dana tersebut digunakan untuk membeli bahan turapan bagi membaiki jalan yang rosak sepanjang 800 meter. 

“Jalan itu merupakan akses utama kami untuk pergi bekerja di sawah dan pasar. Tanah bercampur air menjadikannya licin, manakala lubang yang muncul menyebabkan penunggang motosikal sering terjatuh,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN