fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat melanda Sarawak, Sabah sehingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Perak, Sarawak dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 6 petang ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dilaporkan melanda Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.

“Selain itu, cuaca buruk dilaporkan melanda Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang (Limbang).

“Bagi negeri Sabah, hujan lebat berterusan berlaku di Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat,” lapor MetMalaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi bagi maklumat terkini dan sahih. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI