PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam.
Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Perak ialah Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang manakala Sabak Bernam, Selangor turut terjejas.
“Ribut perit dan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat termasuk seluruh Labuan,” katanya. –KOSMO! ONLINE














