fbpx
Uyaina mendedahkan pernah disuruh berkunjung ke kelab malam semata-mata untuk mencipta kontroversi murahan agar namanya terus meniti di bibir peminat.

‘Disuruh ke kelab malam, pegang arak, nasib saya tak bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Senada dengan luahan dikongsikan rakan seperjuangan Adriana Adnan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan pernah diminta masuk kelab malam serta memegang arak semata-mata demi mencipta kontroversi murahan.

Bagaimanapun, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, bersyukur kerana tidak menuruti saranan tersebut dan menganggap keputusan berkenaan sebagai langkah tepat sepanjang bergelar anak seni.

“Waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama (cipta kontroversi) tapi lebih teruk saya rasa.

“Dia suruh saya pergi kelab malam, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar itu hanya untuk cipta kontroversi.

“Saya bersyukur tak buat tindakan bodoh. Tidak mengapa Adriana,” katanya dalam Threads.

Bagi pelakon drama Kau Cipta Kasih itu, setiap individu mempunyai perjalanan dan rezeki tersendiri selain memberi kata-kata sokongan terhadap rakannya, Adriana.

“Semua orang ada ruang, perkembangan dan rentak sendiri. Kita hanya lakukan yang terbaik, selebihnya rezeki di ketentuan Tuhan.

“Sekarang awak berada di landasan yang betul. Teruskan melangkah, saya sentiasa menyokong awak,” ujarnya.

Sebelum ini, Adriana menzahirkan kekecewaannya terhadap realiti industri seni yang menidakkan kemampuannya walaupun sudah memberikan komitmen penuh.

Dia juga memaklumkan pernah disuruh seseorang dalam industri hiburan untuk mencipta kontroversi agar menyerlah kerana terlalu ‘bersih’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN