fbpx
GYOKERES (tengah) digesa agar direhatkan di bangku simpanan untuk aksi getir menentang Liverpool awal pagi esok. - AFP

Dilema besar Arteta pilih penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Barisan pemain Arsenal kini bersemangat tinggi untuk membuktikan kredibiliti mereka sebagai calon utama menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan menewaskan Liverpool di Stadium Emirates awal pagi esok.

Musim ini, juara bertahan itu menjadi pasukan pertama menewaskan Arsenal dengan keputusan 0-1 pada Ogos 2025 sebelum The Gunners mengalami kekalahan kedua kepada Aston Villa bulan lalu.

Sejak itu, Arsenal tidak lagi menoleh ke belakang apabila merekodkan lima kemenangan berturut-turut dalam saingan EPL untuk melebarkan penguasaan di tangga teratas dengan enam mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

Dua pencabar terdekat di tangga kedua dan ketiga iaitu Manchester City serta Villa masing-masing terikat 42 mata, manakala Liverpool berada di kedudukan keempat menerusi 34 mata, jauh ketinggalan 14 mata di belakang Arsenal.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta kini berada dalam keadaan dilema kerana berdepan tekanan agar menggugurkan penyerang utamanya, Viktor Gyokeres daripada kesebelasan utama.

Ramai menggesa agar Arteta memulakan Gabriel Jesus berbanding Gyokeres dalam pertembungan getir yang boleh menentukan peluang Arsenal bergelar juara musim ini, sekali gus menamatkan penantian 22 tahun sejak 2004.

Begitupun, bekas pemain yang juga pundit bola sepak, Chris Sutton percaya Arteta tentunya mempunyai analisis terbaik untuk menilai penyerang terbaik diturunkan kerana Gyokeres dan Jesus mempunyai kebolehan tersendiri.

“Ketika Arsenal tewas kepada Liverpool di Anfield sebelum ini, Arteta dikritik kerana bermain terlalu berhati-hati.

“Saya percaya pembawakannya kali ini pastinya berbeza. Liverpool (gawang) bocor, melepaskan banyak gol sepanjang musim, tentunya penyokong (Arsenal) tidak boleh menerima jika Arteta mengamalkan pendekatan sama iaitu bertahan.

“Saya percaya siapa sahaja diturunkan (Gyokeres atau Jesus) akan diberikan tanggungjawab besar untuk memastikan kemenangan buat Arsenal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN