fbpx
Rakaman CCTV seorang individu Ayang didakwa dalang utama pembuatan puluhan IED susulan kejadian letupan di Desa Palma, Nilai telah polis di kawasan Batang Benar, Nilai.

Ayang pakar bom peranti IED akan dituduh di hospital esok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Ayang’ pakar pembuatan peranti letupan buatan sendiri (IED) yang merupakan suspek utama kejadian letupan di Desa Palma, Nilai akan dituduh di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban esok atas lima pertuduhan termasuk memiliki bahan letupan dan khianat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pertuduhan terhadap suspek berusia 63 tahun itu dibacakan di hospital memandangkan dia masih menerima rawatan perubatan.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes berprofil keselamatan tinggi dan pihak polis telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

“Suspek akan didakwa atas lima pertuduhan iaitu tiga pertuduhan di bawah Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 serta masing-masing satu pertuduhan di bawah Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan bahan letupan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata, hasil siasatan mendapati kejadian ini melibatkan penggunaan dan pemilikan bahan letupan berbahaya yang telah menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan awam serta menyebabkan kerosakan harta benda.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai elemen termasuk rakaman televisyen kamera tertutup (CCTV), keterangan saksi awam, pemeriksaan forensik dan tindakan Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo pada 27 Disember lalu melaporkan Ayang dalang utama pembuatan puluhan IED susulan kejadian letupan di Desa Palma, Nilai telah polis di kawasan Batang Benar, Nilai.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan suspek mendapati terdapat kecederaan melecur di bahagian muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dalam keadaan lemah ketika ditahan dibawa ke HTJ dan dirawat di zon merah dan polis turut merampas sebuah motosikal serta beberapa objek disyaki peranti IED di lokasi tangkapan, sekali gus mengukuhkan lagi kaitan suspek dengan kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN