PETALING JAYA – “Tangan dia putus, macam masih baru. Takkan tak ada seorang pun nampak dia”.
Itu perkongsian seorang wanita selepas melihat seekor kucing jalanan, semalam di Mersing, Johor yang kehilangan salah satu kaki hadapannya, sekali gus mengundang rasa sebak.
Menggunakan profil @Nurdyna96 di media sosial, dia turut meminta bantuan orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar untuk membantu haiwan malang berkenaan.
“Sakit sangat tu. Harap ada orang Mersing tolong. Betul-betul tepi pantai. Minta maaf semua, saya tak dapat bantu ambil dia. Saya lalu kebetulan ternampak dan bukan duduk sini, tapi balik kampung.
“Tapi saya sempat tolong bagi makan dan ambil video untuk tularkan. Tolong doakan kita dapat jumpa hamba Allah yang baik, dapat bantu dia,” katanya.
Perkongsiannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang rata-rata menyatakan kesediaan untuk menyumbang bagi tujuan rawatan kucing berkenaan.
“Okey, saya gerak sekarang. Apa-apa saya ‘update’. Doakan saya,” ujar @Diana Kamaruddin.
“Tolonglah ‘update’. Kita sama-sama kumpul duit untuk tolong dia,” komen @Noraini.
“Saya tunggu ‘update’. Nanti kita bantu ya,” pesan netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE
@nurdyna96Hrp aada Org mersing tlg 😭 kte xdpt nk tlg,kebutulan lalu je blk kg😢














