fbpx
SEORANG tukang rumah warga Indonesia diberikan enam notis saman selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam Op Pewa dijalankan JPJ Melaka.

Tukang rumah dapat saman panjang tunggang motosikal majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan enam saman terhadap seorang tukang rumah warga Indonesia selepas ditahan menunggang motosikal majikannya tanpa lesen dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) di Melaka Raya, semalam.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, lelaki berusia 30-an antara 11 warga asing yang ditahan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Katanya, semakan lanjut mendapati warga asing itu turut melakukan beberapa kesalahan jalan raya lain termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta kesalahan teknikal lain.

“Kita turut mengeluarkan saman terhadap pemilik motosikal tersebut iaitu majikannya dan menyita kenderaan terbabit. Dalam operasi itu, mengikut pecahan seramai lapan warga Indonesia serta masing-masing seorang warga Syria, Myanmar dan Bangladesh berusia 30-an hingga 40-an ditahan,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Melaka, Bukit Katil, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 11 kenderaan termasuk sembilan motosikal, sebuah kereta jenis Nazaria dan sebuah pikap Mitsubishi Triton disita atas tiga kesalahan utama iaitu tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Sepanjang operasi, sebanyak 55 kenderaan diperiksa dengan 11 daripadanya disita. Kita juga mengeluarkan sebanyak 43 notis di bawah akta sama.

“Pemilik kenderaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan kenderaan masing-masing dan tindakan memberi kebenaran kepada pemandu warga asing menunggang motosikal tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN