fbpx
Necla memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Keluarga Ankara ke-27 pada 25 September lalu. - CEN

Trump bapa saya – Wanita Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Seorang wanita di Turkiye memfailkan saman paterniti ke atas Donald Trump yang didakwa merupakan bapa kandungnya, serta menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS) itu untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), lapor portal berita MailOnline.

Necla Omen, 55, memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Keluarga Ankara ke-27 pada 25 September tahun lalu. Dia mengemukakan rayuan selepas pemfailan itu ditolak oleh mahkamah. 

Necla berkata, dia dilahirkan pada 1970 dan didaftarkan secara rasmi dalam rekod sivil sebagai anak kepada pasangan suami isteri, Sati dan Dursun Ozmen. 

Necla diberitahu oleh Sati bahawa dia merupakan anak angkat pada 2017 dan mendakwa pertukaran bayi berlaku di sebuah hospital di Ankara sekitar 1970. 

Katanya lagi, Sati melahirkan bayi yang mati dalam kandungan di hospital sama dengan seorang lagi wanita warga AS dikenali sebagai Sophia. 

Sophia didakwa menyerahkan bayinya untuk didaftarkan sebagai anak kepada keluarga Ozmen dengan alasan bahawa anak itu merupakan hasil hubungan terlarang bersama Trump. 

Sati turut memberitahu Necla bahawa Sophia pernah menunjukkan gambar Trump ketika dia masih bayi, semasa diserahkan kepada pasangan tersebut. Sophia turut memberikan butiran mengenai bapa kandungnya itu.

“Saya tidak mahu mendatangkan sebarang masalah kepadanya (Trump). Saya hanya mahukan kebenaran. Saya ingin tahu sama ada beliau ialah bapa saya dan mahu beliau bercakap dengan saya. 

“Saya boleh membuktikan melalui ujian DNA bahawa beliau ialah bapa saya, jika beliau bersetuju,” kata Necla. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN