fbpx
GAMBAR fail bandar Nuuk, Greenland. - Foto AFP

Trump ancam guna tentera rampas Greenland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menggunakan keupayaan tentera bagi merampas Greenland yang dimiliki Denmark, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kenyataan luar biasa itu meningkatkan ketegangan antara AS dengan Denmark yang merupakan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menurut seorang pegawai kanan, Trump dan penasihat tertingginya sedang meneliti pelan termasuk membeli wilayah itu atau mengambil alih tanggungjawab pertahanannya.

White House turut memberi amaran dengan nada mengancam bahawa penggunaan tentera Amerika sentiasa menjadi satu pilihan walaupun dibantah oleh para pemimpin NATO.

Kenyataan itu dijangka mengecewakan sekutu-sekutu NATO yang sejak beberapa hari kebelakangan ini bersatu menyokong Denmark ketika Trump memperbaharui ancamannya untuk menyerang Greenland. Ia susulan kejayaan penangkapan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro di negaranya.

Trump berhujah bahawa AS perlu menguasai pulau itu yang lebih tiga kali ganda saiz negeri Texas, bagi memastikan keselamatan NATO daripada ancaman yang semakin meningkat oleh China dan Russia di rantau Artik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI