fbpx
Gambar hiasan

Tipu usahawan kosmetik: 9 laporan diterima, kes dirujuk agensi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan laporan polis diterima berhubung usahawan kosmetik yang mendakwa mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ditipu dalam urusan kenderaan mewah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, semua laporan tersebut diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain.

“Setakat ini, sembilan laporan telah diterima daripada penama. Tiada kertas siasatan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias mendakwa kerugian mencecah RM38 juta selepas diperdaya seorang penjual kenderaan mewah dan isterinya.

Safiey, 31, mendakwa seorang lagi individu bergelar Datuk Seri yang memiliki enam syarikat dan panel insurans turut terbabit dalam penipuan itu.

Menurutnya, dia mengenali individu itu menerusi beberapa kenalan dan pernah membeli sebuah kereta terpakai daripada rakan lelaki itu pada 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI