fbpx
ABU Bakar (empat dari kanan) bersalaman dengan Mohd. Shukri Ramli (tiga dari kanan) selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis bersama Penjawat Awam di Dewan 2020, Kangar hari ini.

Tiga ADUN Pas Perlis dipelawa sertai barisan Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas dipelawa untuk menyertai barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerajaan negeri.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pelawaan itu dibuat menerusi surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada semalam setelah mendapatkan pandangan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun kita faham Pas keluarkan arahan supaya tidak sertai barisan Exco kerajaan negeri tetapi semalam kita keluarkan satu surat kepada Presiden Pas mempelawa juga agar tiga dalam Pas dibawa masuk dalam kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Tahun 2026 di Dewan 2020, di sini hari ini.

Kata Abu Bakar, langkah tersebut adalah selaras dengan usaha mengekalkan hubungan antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya di negeri ini.

Tambahnya, bagi peringkat awal ini, pihaknya akan melantik terlebih dahulu empat Exco terdiri daripada ADUN Bersatu di negeri ini.

Sebelum ini, Pas mengumumkan tidak akan menganggotai barisan Exco yang akan dibentuk oleh Abu Bakar sebagai tanda solidariti kepada peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN