fbpx

TCL Papar Masa Depan Teknologi Visual dan Kehidupan Pintar dengan Produk dan Penyelesaian Rintis di CES 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAS VEGAS, 8 Januari 2026 /PRNewswire/ — TCL, peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna dan jenama Mini LED dan TV ultra-besar No. 1 dunia, memperkenalkan pada hari ini kemajuan teknologi visual generasi baharu dan juga produk-produk dikuasakan AI di CES 2026. Tahun ini, TCL memperkenalkan satu siri panel paparan, teknologi paparan dan produk yang pertama di dunia, seiring bersama portfolio penuh peranti pintar yang direka untuk meningkatkan kehidupan pintar, hiburan imersif serta produktiviti.


Sekilas Gambaran Masa Depan Paparan

TCL terus menerobos sempadan teknologi paparan yang mencakupi semua saiz skrin, bermula daripada saiz besar hinggalah saiz kecil. Bertempat di pameran CES 2026, TCL memaparkan penampilan sulung global Teknologi SQD-Mini LED yang mewakili lonjakan revolusioner ke hadapan bagi prestasi Mini LED. Dengan mentransformasikan zon pemalapan setempat pada Mini LED konvensional kepada Siri Pemalapan Tepat, ia mendayakan kawalan cahaya yang tepat pada seluruh skrin dan memberikan prestasi luar biasa baik dari segi sorotan mahupun bayang. Ia turut menggabungkan teknologi Super QLED TCL yang utama dalam industri dan Ultra Color Filter Panel bagi mencapai tempoh guna yang lebih lama, prestasi warna yang lebih baik dan kecerahan puncak yang lebih tinggi. Di samping itu, ia menawarkan gamut warna tinggi global yang lebih stabil, kawalan cahaya yang lebih tepat serta penampilan yang lebih diperhalusi.

Turut dipamerkan ialah TV pertama di dunia yang dikuasakan oleh teknologi SQD-Mini LED – TCL X11L. TV ini mencapai sehingga 100% BT.2020 Gamut Warna Semua-Latar dan membawakan WHVA 2.0 Ultra Panel CSOT demi prestasi warna yang lebih baik, kontras natif yang lebih tinggi dan kualiti gambar yang lebih tajam. Dengan sehingga 20,736 zon pemalapan tepat dan sehingga 10,000 nit, kandungan HDR kelihatan jelas dan tampak hidup pada TV ini. X11L juga menonjol dengan reka bentuk Virtually ZeroBorder, rapi dan hampir 2 cm lebih nipis. Ia juga membawakan Audio by Bang & Olufsen yang menawarkan pengalaman bunyi premium.

Kolaborasi TCL dengan integrasi Gemini untuk Google TV dan Dolby Vision 2 memberikan penaiktarafan yang menarik untuk pengalaman paparan di CES 2026. Berdasarkan penampilan sulung "Always On" Google TV dengan Gemini yang pertama pada tahun lalu, model-model pada tahun ini akan menambah cara yang lebih intuitif untuk berinteraksi dengan TV anda, termasuk carian Google Photos yang dipertingkat, ciri-ciri kreatif baharu dengan Nano Banana serta Veo dan banyak lagi. TCL turut mendemonstrasikan Dolby Vision 2, iaitu Dolby Vision generasi akan datang yang direka untuk memberikan pengalaman visual yang luar biasa melalui Kecerdasan Kandungan (Content Intelligence), perincian sinematik dan kesedaran persekitaran tontonan. Dolby Vision 2 dirancang untuk diperkenalkan pada barisan TV X dan C TCL pada tahun 2026 melalui kemas kini OTA.

Bagi teknologi penjagaan mata, telefon pintar TCL NXTPAPER 70 Pro yang dikuasakan oleh NXTPAPER 4.0, memberikan keselesaan pada mata sepanjang hari dalam semua senario bagi mengurangkan ketegangan mata dalam persekitaran digital yang bergerak pantas pada masa kini. NXTPAPER Key khusus mendayakan pertukaran lancar antara tiga mod tontonan yang berbeza. Bagi memperluas ekosistem penjagaan mata, tablet TCL Note A1 NXTPAPER eNote mengintegrasikan alatan produktiviti dipacu AI dan menawarkan pengalaman membaca dan menulis seakan-akan kertas yang amat sesuai untuk pengguna yang menginginkan ruang kerja digital yang lebih fokus dan cekap. Di samping paparan komersial dan monitor berprestasi tinggi, TCL turut memperkenalkan RayNeo Air 4 Pro — kaca mata HDR10 AR yang pertama di dunia — lalu mentakrifkan semula tontonan mudah alih dengan teknologi paparan canggih yang memberikan kejelasan dan keselesaan yang luar biasa untuk kerja dan juga hiburan.

Memperkasakan Era Kehidupan Pintar Akan Datang  

Selain teknologi paparan, TCL mempersembahkan beraneka jenis penyelesaian rumah pintar dikuasakan AI yang direka untuk membawakan kecerdasan yang lebih tinggi kepada kehidupan seharian. Ini termasuk Penyaman Udara TCL FreshIN 3.0, Peti Sejuk GeniusFresh, siri mesin basuh dan pengering AmeraClassic dan kombinasi mesin basuh-pengering TCL AI SuperDrum. Di samping itu, kunci pintar TCL menawarkan keselamatan biometrik termaju, capaian dipacu AI dan kawalan rumah pintar yang lancar, manakala TCL Smart Home Energy Solutions menyediakan ekosistem tenaga bersepadu dan dipacu AI untuk isi rumah moden yang menawarkan kawalan hujung-ke-hujung bagi penukaran kuasa, bateri dan pengurusan tenaga bagi mengurangkan kos tenaga, meningkatkan kecekapan serta menyokong gaya hidup rendah karbon.

Dalam aspek hiburan, TCL memanfaatkan AI untuk meningkatkan kualiti gambar dan bunyi, lalu mengupayakan interaksi yang lebih pintar dan meningkatkan penjanaan kandungan. Projektor PlayCube membawakan tontonan gred pawagam pada mana-mana persekitaran, manakala TCL AiMe — robot pendamping AI modular yang pertama di dunia — memperkenalkan interaksi adaptif dan tampak hidup yang memberikan sentuhan manusia kepada kehidupan pintar.

Bagi mobiliti dan produktiviti pula, TCL memperluas kecerdasan pada telefon pintar, tablet eNote dan banyak lagi. Penyelesaian Silang-Senario Manusia × Kenderaan × Rumah TCL mengupayakan integrasi yang lancar antara ekosistem kenderaan dan rumah. TCL 5G Mobile WiFi P50 membawakan Wi-Fi mudah alih 5G mmWave yang pertama dalam industri dengan pengecasan pantas dan juga tanpa wayar, lalu memberikan pengalaman sambungan yang amat mudah untuk pengguna yang sentiasa sibuk.

Mempelopori Perkongsian yang Membentuk Rumah Masa Depan

Di CES 2026, TCL turut mentakrifkan semula masa depan reka bentuk rumah dengan TCL NXTHOME™ yang menggabungkan penyelesaian rumah pintar, peralatan gaya hidup dan kolaborasi premium bersama jenama-jenama, termasuk Bang & Olufsen, BMW Group Designworks Shanghai Studio dan Alcantara. Dalam kategori rumah ini juga, TCL ECORA™ yang dibangunkan melalui kolaborasi bersama Chris Lefteri Design, merupakan bahan lestari baharu yang diperbuat daripada seramik porselin kitar semula yang menggabungkan teknologi berprestasi tinggi dengan reka bentuk yang menitikberatkan alam sekitar.

Komitmen TCL terhadap inovasi dalam teknologi paparan, AI dan kelestarian membentuk masa depan yang lebih pintar dan cekap buat semua. Tatkala syarikat ini terus mencipta penemuan baharu, teknologinya bukan sahaja mentransformasikan kediaman, tetapi turut mempertingkat cara orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan berhubung – lantas membuka jalan untuk masa depan yang lebih pintar.

Untuk mengetahui produk dan inovasi TCL yang terkini, kunjungi TCL di CES 2026:

Reruai TCL CES 2026: 

  • Tarikh: 6 hingga 9 Januari 2026
  • Lokasi: Las Vegas Convention Center, Dewan Tengah, Reruai #18604

Latar Belakang TCL

TCL ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, kaca mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4858067_MS58067_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI