fbpx
MAHAME Siby diumumkan sebagai bintang import baharu Selangor FC.

Selangor FC ikat bekas bintang Strasbourg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Bekas pemain kelab Perancis, Strasbourg, Mahame Siby diumumkan sebagai pemain baharu Selangor FC bagi menempuh baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Saya sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa dan menghadapi cabaran baru di tempat saya tidak pernah jejaki seperti di Asia. Selain itu, saya juga tidak sabar untuk menerokai keindahan budaya yang berbeza di Malaysia, menjalin hubungan yang baik dengan mereka serta belajar daripada pengalaman saya akan dapat di sini,” katanya.

Pemain berusia 29 tahun ini dibesarkan melalui sistem belia AF Bobigny dan memulakan karier profesionalnya bersama kelab tersebut dengan mencatatkan 25 penampilan.

Siby kemudian beraksi bersama Valenciennes FC sebelum menempuh cabaran di Ligue 1 bersama RC Strasbourg, dengan membuat 8 penampilan.

Pada tahun 2021, beliau dipinjamkan ke Paris FC, membina karier yang lebih baik dengan 27 penampilan.

Pada tahun berikutnya, Siby melebarkan sayapnya ke Sweden dengan menyertai Malmo FF dan membantu pasukan tersebut menjuarai Allsvenskan 2023 sebelum kembali ke Perancis secara pinjaman, bermain untuk SC Bastia dengan 15 penampilan dan FC Martigues dengan 31 penampilan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI