fbpx
Gambar hiasan.

Remaja 13 tahun ditemukan tidak bernyawa dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik air rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini semalam.

Menurut sumber, remaja itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibu bapanya yang pulang pulang ke rumah pada pukul 11.30 pagi.

“Sebaik tiba, ibu mangsa terdengar bunyi percikan air dari bilik air, namun pintu berkunci dari dalam. Dia kemudian memanggil anaknya beberapa kali tetapi tiada sebarang respons.

“Bapanya bertindak memecahkan pintu bilik air sebelum mendapati remaja itu berada dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, keluarga mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan 999 dan remaja itu dikejarkan ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans serta diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit.

“Remaja itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.20 tengah hari. Mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

“Pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada polis pada pukul 1.40 tengah hari. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan makmal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN