fbpx
Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan mempromosikan rokok elektronik (vape) di sebuah podcast pada tahun lalu.

Promosi vape dalam podcast, Shuib didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pelawak terkenal, Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan rokok elektronik (vape) di sebuah podcast pada dua tahun lalu.

Majistret Ezrene Zakariah menjatuhkan hukuman denda itu selepas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah atas pertuduhan yang didakwa.

Sekiranya Shuib gagal membayar denda itu dia boleh dipenjara selama setahun dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, OKS didakwa telah mempromosikan produk merokok Soundvape yang telah melanggar seksyen 9(1).

Ia yang mana mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai suatu produk berhenti merokok.

Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui podcast menerusi satu pautan yang mana siaran itu telah dibaca di Aras 3 Blok F1 Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pukul 4.26 petang pada 22 Oktober 2024.

Justeru pertuduhan terhadapnya dikemukakan di bawah Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 9(3)(a)(i) akta yang sama.

Jika disabitkan bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kua Ah Kiong memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi OKS yang jelas melanggar Akta 852.

Dalam hujahan pemberatannya, beliau berkata OKS adalah pelawak terkenal dan tindakan mempromosikan produk itu boleh menjadi ikutan dan mempengaruhi orang ramai terutama pengikutnya.

Mendengar perkara itu, peguam Ahmad I’zzudin Ahmad Nadzri yang mewakili Shuib mahkamah memohon hukuman denda paling minimum kerana anak guamnya sudah mengeluarkan siaran promosi terbabit daripada Youtube.

Beliau berkata, OKS juga menyedari kesalahan itu dan sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI