fbpx
Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini.

Perangi rasuah dari peringkat tertinggi, singkir ‘orang tengah’ – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan dan kredibiliti angkatan pertahanan negara dan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas tersebut semasa menerima menghadap Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md. Othman di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat tegas kepada PTD supaya memastikan seluruh warga Tentera Darat (TD) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali saya menegaskan mengenai ‘orang tengah’ atau ejen di Kementerian Pertahanan, sepatutnya mereka semua ini tidak boleh dibenarkan masuk,” titah Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengingatkan bahawa kepemimpinan yang berintegriti bermula dari peringkat tertinggi.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah, PTD perlu menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus serta bertanggungjawab.

Sultan Ibrahim seterusnya menzahirkan harapan agar TD terus dihormati dan diyakini rakyat sebagai sebuah angkatan yang profesional serta bebas amalan rasuah demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Azhan secara rasmi dilantik sebagai PTD ke-31 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pelantikan berkenaan adalah selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November 2025 dan diperkenankan Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN