fbpx
Zelensky (kiri), Macron (tengah) dan Starmer (kanan) menyampaikan sidang akhbar selepas pemeteraian deklarasi di Paris semalam. - AFP

Perancis, Britain setuju hantar tentera ke Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pemimpin Britain, Perancis dan Ukraine menandatangani perjanjian tiga hala semalam bagi membuka jalan kepada penempatan pasukan tentera ke Kyiv sekiranya ia berjaya mencapai gencatan senjata dengan Russia, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12 pemimpin daripada Coalition of the Willing atau Gabungan Negara-Negara Sukarela, dalam satu sidang kemuncak yang bertujuan memastikan keselamatan berterusan Ukraine selepas gencatan senjata dicapai.

Macron, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menandatangani perjanjian tersebut pada malam semalam.

“Selepas gencatan senjata, Britain dan Perancis akan menubuhkan hab ketenteraan di seluruh Ukraine.

“Pasukan pelbagai negara akan berfungsi se­bagai jaminan bagi memperkukuh ke­­selamatan dan keupayaan Ukraine untuk kembali kepa­da keadaan aman dan stabil, dengan menyokong pemulihan pasukannya sendiri.

“Penandatanganan deklarasi ini membuka jalan bagi kerangka undang-undang untuk ditubuhkan supaya pasukan Perancis dan Britain dapat beroperasi di tanah Ukraine, menjaga ruang udara serta perairannya selain membina angkatan bersenjata yang bersedia untuk masa depan,” kata Starmer dalam satu kenyataan.

Sementara itu,  Zelensky berkata, sidang kemuncak itu turut membincangkan peranan Amerika Syarikat (AS) dalam pakatan pasca perang.

“Kami mengadakan perbincangan yang sangat substantif dengan pihak Amerika mengenai pemantauan untuk memastikan tiada pelanggaran keamanan. 

“AS bersedia untuk bekerjasama dalam perkara ini. Salah satu elemen paling kritikal adalah pencegahan, platform yang akan menghalang sebarang pencerobohan Russia yang baharu. Kami menilai semua perkara ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN