fbpx
Fahmi melahirkan rasa sedih atas pemergian pelakon, penyanyi dan pelawak Isma Aliff hari ini.

Pemergian Isma Aliff satu kehilangan besar buat dunia hiburan tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melahirkan rasa sedih atas pemergian pelakon, penyanyi dan pelawak Isma Aliff hari ini.

Menurut beliau, Isma Aliff atau nama sebenar Mohd. Latiff Ismail pernah mewarnai dunia hiburan tanah air pada era 80-an.

“Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan tanah air. Saya turut bersedih menerima berita pemergian penyanyi dan pelakon popular era 80-an hari ini. Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah berdepan ujian ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Isma Aliff yang diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ampang pukul 8 pagi tadi.

Berita duka itu disahkan adiknya, Shamsidar Ismail, yang memaklumkan abangnya sudah seminggu terlantar serta tidak boleh bercakap disebabkan sakit tekak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN