fbpx
GAMBAR HIASAN

Maut ditembak dua lelaki bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Suasana di Taman Wangsa di sini, gempar apabila seorang lelaki maut ditembak dua lelaki bermotosikal di sekitar kawasan itu, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian tembakan itu, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudian menemukan mayat seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun di kawasan taman tersebut.

“Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah datang ke lokasi kejadian sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa. Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya petang ini.

Tambah Mohd. Zaini, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta tampil menghubungi IPD itu di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI