fbpx
Ramanan ketika sidang akhbar selepas hadir Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia (JTKSM) di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Mahkamah Buruh Bergerak tingkat akses pekerja luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia mewujudkan Mahkamah Buruh Bergerak (Mobile Labour Court) sebagai satu pendekatan baharu yang bersifat ‘game changer’ dalam meningkatkan akses perkhidmatan khususnya bagi pekerja dan majikan di kawasan pedalaman.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, inisiatif itu bertujuan menyelesaikan kekangan kos, masa dan logistik apabila terpaksa hadir ke mahkamah buruh yang kebanyakannya terletak di bandar.

Menurut beliau, sebanyak RM5 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 bagi pelaksanaan inisiatif tersebut secara berfasa, dengan tiga unit kenderaan akan mula beroperasi di Semenanjung Malaysia selewat-lewatnya pada Ogos ini.

“Ini adalah satu inisiatif yang akan menyenangkan proses bagi semua orang, jadi dia (pekerja) tak perlu pergi ke mahkamah (buruh), mahkamah akan datang kepada mereka.

“Peruntukan sebanyak RM5 juta telah disediakan sebagai permulaan dengan tiga unit di Semenanjung Malaysia tahun ini yang akan bermula selepas Ogos,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pelaksanaan awal inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada institusi perundangan, sebelum diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI