fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebahagian rambut wanita itu dicukur selepas enggan membuat pembayaran. - Instagram

Kepala wanita kena botak selepas enggan bayar salun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kepala seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Barat dibotakkan selepas dia enggan membuat bayaran sebanyak 250,000 rupiah (RM60) setelah melakukan rawatan rambut, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di sebuah salun di Cikarang Utara.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @feedgramindo menunjukkan wanita itu duduk berdiam ketika dimarahi pemilik salun dengan sebahagian rambutnya dicukur. 

Pemilik salun dikatakan terpaksa mencukur rambut yang telah diluruskan selepas pelanggan itu enggan membuat pembayaran. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 9.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mukanya (wanita berkenaan) tiada rasa bersalah langsung,” kata seorang netizen.

“Kalau tiada duit, kenapa pergi salun?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI