SEBAGAI muslim, mengingati kematian merupakan sesuatu yang digalakkan supaya kita tidak terus leka dengan dunia. Selain itu, ia bertujuan supaya kita dapat merancang kehidupan sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba. Ini kerana, tiada apa yang akan dibawa sebagai bekal, kecuali ibadah, amal jariah dan doa daripada keluarga. Baru-baru ini, seorang usahawan terkenal mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kain kafan yang ditempah khas daripada pereka terkenal berharga RM999 sebagai persiapan menghadapi kematian. Keputusan itu dibuat sebagai satu bentuk peringatan diri…














