fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat melanda Johor, Negeri Sembilan hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan melibatkan negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Selain itu, cuaca buruk bertumpu di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan selain Jasin di Melaka turut terlibat,” ujarnya.

Hujan turut diramal di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau).

“Bagi Sabah, hujan lebat berterusan turut berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) ,” kata MetMalaysia. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI