fbpx
GLASNER (kiri) dikagumi oleh beberapa individu utama di United selepas kejayaannya bersama Palace sebelum ini. - AFP

EPL: Dua calon dikait ganti Amorim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United dilapor melihat pengendali Crystal Palace, Oliver Glasner sebagai calon terbaik untuk mengemudi pasukan itu selepas pemecatan Ruben Amorim.

Selepas beberapa keputusan silap dilakukan sebelum ini, Ineos yang diberi tanggungjawab mengemudi seksyen bola sepak di United selepas menjadi pemilik saham minoriti berdepan satu lagi tugas besar untuk membuat pilihan yang lebih baik.

Mereka dilapor bakal melihat semula senarai pengurus ketika mereka membuat keputusan menyingkirkan Erik Ten Hag dan sebelum melantik Amorim ke jawatan itu termasuk pengendali Ipswich Town, Kieran McKenna yang pernah diburu.

Sumber mendedahkan bahawa meraka begitu mengagumi kualiti dimiliki Glasner yang berjaya menjadikan Palace antara pasukan yang kuat termasuk menamatkan penantian trofi selepas memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti sebelum ini.

Bagaimanapun, Glasner turut berdepan masalah di Selhurst Park musim ini ekoran prestasi pasukan yang merudum, selain beliau juga dilaporkan beberapa kali menyelar keputusan pemilik pasukan yang gagal membawa masuk pemain baharu.

Sekiranya benar United berhasrat untuk mendapatkan Glasner, mereka mungkin perlu menunggu sehingga penghujung musim ketika pengurus dari Austria itu juga bakal berakhir Jun ini dan tidak berhasrat untuk kekal bersama pasukan itu.

Selain Glasner, United juga dilapor turut memantau secara dekat potensi untuk mendapatkan khidmat Ketua Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann yang mempunyai hubungan rapat bersama pengarah pemantau bakat, Christopher Vivell.

Nagelsmann dan Vivell pernah berkerjasama di RB Leipzig sebelum ini, namun sekiranya mereka mahukan khidmat jurulatih itu, United perlu menunggu sehingga saingan Piala Dunia 2026 berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN