fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat Mohd. Fazir yang dijumpai di Pantai Sura Tengah, Dungun pada 2 Januari lalu. - GAMBAR HIASAN

Enam sudah mati lemas sejak 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seramai enam individu sudah menjadi korban akibat lemas di seluruh negara dalam tempoh enam hari pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata, tiga daripada enam kematian akibat lemas tersebut berlaku di kawasan pantai.

“Dua mati lemas di sungai manakala satu lagi kematian berlaku di kawasan air terjun.

“Saya meminta orang ramai agar berwaspada dan menghindari sebarang aktiviti air memandangkan tempoh Monsun Timur Laut (MTL) masih belum berakhir,” katanya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni (Perisma) kepada 16 anggota bomba yang terjejas banjir musim tengkujuh.

Kosmo! semalam melaporkan orang ramai tidak menghiraukan angin kuat dan ombak besar musim tengkujuh untuk terus beriadah di pantai biarpun berlaku insiden mati lemas melibatkan dua beradik di Pantai Sura Tengah, Dungun pada 31 Disember lalu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Izram berkata, JBPM bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir gelombang seterusnya sehinggalah MTL berakhir pada akhir Mac depan.

Beliau berkata, walaupun luruan hujan terbaharu sedang berlangsung sehingga lusa diramal tidak ekstrem, JBPM tetap berwaspada memandangkan peningkatan banjir luar jangka sejak akhir-akhirnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI