fbpx
Nurulhidayah (kiri) dan Dr. Muhamad Akmal.

Dr. Muhamad Akmal ‘stay’, titik – Nurulhidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh perlu kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Nurulhidayah berkata, parti lain tidak perlu menyibuk urusan dalaman UMNO kerana beliau sendiri menyayangi Dr. Muhamad Akmal seperti adik-beradik.

“Tak payah sibuk. Dr. Muhamad Akmal ada adik-beradik dia dalam UMNO. Kak Long dia (Nurulhidayah) sayang dia. Kita adik-beradik tiri saja tau.

“Kalau bercerai kita tiada kena mengena lagi. Dr. Muhamad Akmal ‘stay’. Titik,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau mengulas gesaan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) hari ini supaya Dr. Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan dan keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Dapsy dipetik berkata, sekiranya Dr. Muhamad Akmal benar-benar berprinsip, beliau boleh meletakkan jawatan Exco kerajaan Melaka serta-merta.

Dapsy menyifatkan gimik ‘keluar kerajaan’ yang dimainkan oleh Ketua Pemuda UMNO sejak beberapa hari lalu terbukti adalah bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri.

Ia selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan UMNO akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal.

Terdahulu, Dr. Muhamad Akmal Saleh menerusi satu hantaran di media sosial hari ini memberi bayangan beliau bersedia untuk melepaskan jawatan.

Menerusi hantaran berkenaan, Dr. Muhamad Akmal menyatakan bahawa segala usaha telah dilakukan sehabis baik selain mengakui kemungkinan kelemahan berpunca daripada dirinya sendiri.

“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN