fbpx
Kebanyakan cuti umum tahun 2026 jatuh pada hari yang strategik untuk dirancang percutian panjang.

Cuti umum 2026 jatuh ‘hari strategik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kalendar tahun 2026 dilihat membuka ruang kepada orang ramai untuk merancang percutian lebih awal apabila beberapa cuti umum jatuh berhampiran hujung minggu.

Malah, susunan tarikh ini memberi potensi untuk bercuti selama tiga hari berturut-turut menerusi cuti gantian, ditambah pula dengan cuti penggal sekolah yang panjang.

Menerusi senarai cuti umum yang diisytiharkan peringkat negeri, beberapa tarikh utama seperti Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Kebangsaan dan Krismas jatuh pada hari yang ‘strategik’ untuk dibuat sebarang perancangan.

Dalam masa sama, beberapa perayaan adalah tertakluk kepada pindaan atau pengisytiharan rasmi, manakala kaedah cuti gantian juga bergantung kepada peraturan negeri masing-masing.

Antara senarai cuti bersambung sepanjang 2026 yang menjadi tumpuan adalah pada 31 Januari hingga 2 Februari (Sabtu-Isnin) iaitu Hari Thaipusam pada 1 Februari (Ahad) berpotensi disambung cuti gantian 2 Februari (Isnin) di negeri yang memperuntukkan cuti tersebut.

Malah buat pekerja yang bekerja di Wilayah Persekutuan yang juga jatuh pada Hari Thaipusam (2 Februari), mereka boleh mendapat cuti ganti sehingga 3 Februari (Rabu).

Kemudian pada 21 hingga 23 Mac (Sabtu–Isnin) iaitu pada Hari Raya Aidilfitri pada 21 dan 22 Mac (Sabtu–Ahad), dengan kemungkinan cuti gantian pada 23 Mac (Isnin) (tertakluk negeri atau pindaan).

Selain itu, pada 1 hingga 3 Mei (Jumaat–Ahad) iaitu Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei (Jumaat) terus membentuk hujung minggu panjang tiga hari.

Cuti bersambung lain turut jatuh pada 30 Mei hingga 1 Jun (Sabtu–Isnin) dimana ianya merupakan Hari Wesak 31 Mei (Ahad) diikuti Hari Keputeraan Agong 1 Jun (Isnin), menjadikan cuti selama tiga hari.

Pada Ogos, cuti bersambung jatuh pada 29 – 31 hari bulan (Sabtu–Isnin) iaitu pada Hari Kebangsaan 31 Ogos (Isnin) menjadikan cuti tiga hari untuk ramai pekerja.

Sementara itu pada 7 – 9 November (Sabtu–Isnin) Deepavali yang jatuh pada 8 November (Ahad) berpotensi untuk menjadi cuti gantian pada 9 November (Isnin) (kecuali negeri tertentu seperti Sarawak).

Penghujung tahun, pada 25 – 27 Disember (Jumaat–Ahad) Krismas yang jatuh pasa 25 Disember (Jumaat) turut memberi hujung minggu yang panjang buat rakyat Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, beberapa cuti yang boleh ‘dipanjangkan’ dengan mengambil cuti tahunan juga dijangka menjadi pilihan ramai, antaranya Tahun Baru Cina (17–18 Februari, Selasa–Rabu) dan Maulidur Rasul (25 Ogos, Selasa).

Bagi keluarga yang ada anak bersekolah, kalendar akademik KPM 2026 turut memperlihatkan beberapa tempoh cuti penggal yang panjang sekali gus mendorong perancangan balik kampung dan percutian awal.

Bagi cuti Penggal 1 (Kumpulan A: 20–28 Mac; Kumpulan B: 21–29 Mac) diikuti dengan Cuti Pertengahan Tahun (Kumpulan A: 22 Mei–6 Jun; Kumpulan B: 23 Mei–7 Jun).

Manakala Cuti Penggal 2 (Kumpulan A: 28 Ogos–5 Sep; Kumpulan B: 29 Ogos–6 Sep) diikuti dengan Cuti Akhir Tahun (Kumpulan A: 4–31 Dis; Kumpulan B: 5–31 Dis). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN