fbpx
Tangkap layar video menunjukkan dua kakitangan hospital berkelakuan tidak senonoh di dalam bilik mayat. - Instagram

Buat apa dalam bilik mayat tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua kakitangan sebuah hospital di Kudus, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam bilik mayat, lapor portal berita Metro TV. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di platform Instagram oleh akaun @infokabarmagelang menunjukkan sepasang lelaki dan perempuan sedang berdua-duaan di dalam bilik mayat. 

Salah seorang individu di dalam video itu merupakan kakitangan yang bertugas di bilik mayat. 

Pengarah hospital tersebut, Dr. Abdul Hakam menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan tanpa memberikan maklumat lanjut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 80,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mereka harus dipecat!” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI